Konsep iLearning Cloud dibangun dengan kerjasama Huawei Malaysia itu menggunakan teknologi Pengkomputeran Awan dan Data Besar bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih interaktif.

Teknologi tersebut sangat signifikan untuk menyokong penuntut berinteraksi dengan kandungan pembelajaran bersesuaian dengan trend digital terkini melalui gajet dan capaian internet.

Penggunaan teknologi berkenaan dapat membantu penuntutnya mencapai bahan pengajaran dan pembelajaran interaktif dengan lebih mudah walaupun berada di mana sahaja.

Yang turut hadir Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar dan Pengarah MaGICX, Prof. Madya Dr. Mohd. Shahrizal Sunar. - UTUSAN ONLINE