Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Khir Amir Ahmad berkata, kebanyakannya lebih mengutamakan eksesori lain dengan sanggup berbelanja besar untuk kenderaan masing-masing namun ‘berkira’ untuk memilik alat itu

“Alat pemadam api bukan sahaja boleh digunakan untuk mengawal kebakaran bagi menyelamatkan nyawa dan kenderaan sendiri tetapi juga membantu orang lain dalam keadaan mendesak agar tidak merebak.

“Alat pemadam api yang seberat satu kilogram itu hanya berharga dalam lingkungan RM60 yang mampu membantu mereka untuk mengelakkan kebakaran lebih teruk dan kerugian lebih besar,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas Pelancaran Ops Pemeriksaan Menghapus Bahaya Kebakaran Sempena Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2018 di Pasaraya Giant di sini, petang ini.

Yang turut hadir, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar.

Beliau akui sikap orang ramai mengenai kepentingan alat pemadam api dalam kenderaan masih rendah, dan berharap mereka dapat mengambil langkah keselamatan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.

Menurut Khir Amir, sepanjang dua bulan pertama tahun ini sebanyak enam kes yang melibatkan kes kebakaran kereta ekoran kemalangan direkodkan. - UTUSAN ONLINE