Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

`Ustaz suruh kami selamatkan diri'

DR.  Ahmad Zahid Hamidi melawat dan berjumpa dengan ahli keluarga
DR. Ahmad Zahid Hamidi melawat dan berjumpa dengan ahli keluarga yang hadir untuk proses pengecaman jenazah pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini tiba di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpuri hari ini. - UTUSAN ONLINE/NASIRRUDDIN

KUALA LUMPUR 14 Sept. - “Ustaz suruh kami selamatkan diri”. Itulah yang diucapkan seorang daripada mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Keramat Ujung, Mohd. Shamin  Che Azmi,18, kepada ibunya semasa dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Ibunya, Norizan Omar, 52, berkata, beliau begitu terharu dengan tindakan kedua-dua guru pusat tahfiz tersebut yang sanggup mengorbankan nyawa mereka demi membantu pelajar-pelajar dibawah jagaan mereka selamat.

Katanya, anaknya yang melecur di muka, telinga dan kaki bagaimanapun turut terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan pelajar-pelajar tahfiz yang lain ketika api begitu marak menjilat tempat mereka menuntut ilmu tersebut.

“Anak saya sangat rapat dengan pelajar-pelajar yang lain dan menganggap mereka seperti adiknya sendiri.

“Ketika kebakaran berlaku ramai pelajar terutamanya yang masih muda sedang tidur. Api datang dari pintu utama menyebabkan mereka terperangkap dan tidak dapat keluar dan menyelamatkan diri,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui di Lobi Utama Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sementara itu, Norizan memberitahu anaknya dapat menyelematkan diri kerana dia berjaya memecahkan jeriji besi di tingkap dan turun melalui saluran paip sebelum terjun.

“Saya berasa lega kerana dia selamat dan redha dengan kejadian ini. Saya sedih juga melihat mangsa-mangsa yang terkorban kerana mereka sangat mesra dengan saya apabila saya datang melawat Mohd. Shamin,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain