Beliau juga menyatakan agak terkejut apabila dikhabarkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai calon Bebas.

"Saya kalau politik bukannya pandai. Jadi bila nampak dekat surat khabar saya terkejut bila dapat tahu saya akan bertanding calon Bebas, saya ini penceramah bebas bukannya calon Bebas.

"Ramai yang nak saya bertanding untuk parti itu, bertanding untuk parti ini, bertanding calon bebaslah, lama-lama saya menyampah saya pergi Jepun. Nasib baik kapal terbang tak kena sabotaj, ingat senang ke nak sabotaj kapal terbang, kamu biar betul. Yang faham faham, tak faham sudah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah perdana anjuran calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, di sini malam tadi.

Pada masa sama, Kazim berharap rakyat memikirkan semasak-masaknya apabila mengundi pada 9 Mei ini.

"Kalau Bangladesh ke negara Afrika ke Indonesia ke bergaduh sesama sendiri tidak apa sebab mereka tetap lantik bangsa mereka jadi pemimpin.

"Tetapi kita ini ada pelbagai kaum, ada yang nak tukar pentadbiran padahal lima tahun bukannya lima minit, macam-macam boleh jadi, jangan sampai ada tanah yang tergadai," katanya.

Beliau turut menegaskan Malaysia masih memerlukan pemimpin yang bukan sahaja pandai mentadbir negara tetapi juga mampu menjaga bangsa dan agama. - UTUSAN ONLINE