Bagi sesi pengajian tersebut, sebanyak 2,773 tawaran telah disediakan di universiti itu dengan pemohon lelaki berjumlah 764 orang dan 1,769 orang wanita.

Turut ditawarkan tempat ialah seramai 48 calon dari luar negara antaranya Singapura, Indonesia, Gambia, Nigeria, Kemboja dan Libya.

Bermula hari ini, pelajar baharu itu akan menjalani minggu orientasi yang melibatkan taklimat pengajian serta kolej kediaman, Bicara Bulan Kebangsaan, taklimat perpustakaan, keusahawanan, sistem maklumat dan taklimat fakulti.

Selain itu, para pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dijangka mendaftar masuk pada Khamis ini dalam pelbagai bidang pengajian sempena pendaftaran pelajar rayuan sarjana muda USIM. - UTUSAN ONLINE