Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

USIM anjur debat 24 jam

USIM anjur debat 24 jam
ANTARA peserta yang menyertai debat dalam Persidangan Perdana Siswa 24 Jam di USIM petang tadi. - UTUSAN ONLINE

SEREMBAN 3 Mac - Komuniti Debat Bahasa Melayu (KDBM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan Persidangan Perdana Siswa 24 jam tanpa henti bermula 3.33 petang tadi.

Pengarah program, Muhammad Ikmal Jamaluddin berkata, program berkonsep debat yang pertama kali diadakan itu melibatkan seramai 150 pendebat terdiri daripada mahasiswa pelbagai fakulti USIM dan institut pengajian tinggi lain serta peserta Debat Naib Canselor 2017.

"Peserta akan berdebat selama 24 jam tanpa henti bermula 3.33 petang hari ini hingga petang esok merangkumi lima pusingan dengan maksimum perdebatan selama lima jam.

"Selain itu, program yang bertemakan Cetusan Fenomena ini diadakan dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Arab dilihat sebagai simbolik komitmen mahasiswa untuk berfikir rasional sepanjang masa," katanya di sini hari ini.

Lima pusingan itu mengetengahkan tema Model Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (GIINA), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), mahasiswa, pembangunan belia serta isu semasa. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain