KPM, dalam satu kenyataan berkata, semua petugas peperiksaan dan calon yang berdaftar di Kedah perlu hadir walaupun esok diisytiharkan sebagai hari cuti kelepasan negeri bagi menghormati kemangkatan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini.

Kenyataan tersebut turut merakamkan sembah takziah dan merakamkan rasa dukacita KPM di atas kemangkatan baginda. - UTUSAN ONLINE