Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong berkata, perjanjian persetujuan telah pun ditandatangani dan kerja-kerja pembinaannya dijangka dapat dimulakan pada akhir tahun ini atau awal tahun hadapan.

“Universiti UCSI merupakan universiti swasta yang mempunyai ranking pertama di Malaysia.

“Malahan, Universiti UCSI tersenarai dalam kedudukan 500 universiti terbaik dunia mengikut QS World University Rankings,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Khidmat ADUN Tronoh dekat Tronoh, hari ini.

Terdahulu, Choo Kiong mengumumkan pihaknya bakal menganjurkan tuisyen percuma terutamanya kepada pelajar-pelajar tingkatan lima dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan melibatkan enam sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tronoh.

Enam sekolah berkenaan meliputi Sekolah Menengan Jenis Kebangsaan (SMJK) Yuk Kwan, Sekolah Menangah Kebangsaan (SMK) Sultan Yusuff, SMK Tronoh, SMK Toh Indera Wangsa Ahmad, SMK Pusing dan SMK St. Bernadette’s Convent.

“Program Wawasan Tronoh Maju ‘Pendidikan Cemerlang, Tronoh Gemilang’ ini bagi membantu pelajar-pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Mata pelajaran yang akan diajar dalam program tuisyen bermula Julai ini bakal memfokuskan kepada subjek Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi,” katanya. - UTUSAN ONLINE