Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Universiti Limkokwing kampus Sierra Leone dibuka

Universiti Limkokwing kampus Sierra Leone dibuka
Presiden Sierra Leone, Dr. Ernest Bai Koroma menandatangani plak perasmian Universiti Limkokwing kampus Sierra Leone sambil disaksikan Presiden Universiti Limkokwing, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Lim Kok Wing (tengah) dan Naib Canselor Universiti Limkokwing kampus Sierra Leone, Prof. Cedric Bell (kiri) di Freetown, Sierra Leone hari ini. - UTUSAN ONLINE/SITI NORHAWA

FREETOWN, SIERRA LEONE 17 Mac - Presiden Sierra Leone, Dr. Ernest Bai Koroma yakin pembukaan kampus Universiti Limkokwing berupaya mencetuskan transformasi dalam kalangan generasi muda di negaranya.

Beliau juga yakin inisiatif itu akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Sierra Leone dan Malaysia.

“Saya sangat berbesar hati dengan pembukaan kampus Universiti Limkokwing di negara ini dan ia merupakan satu peristiwa bersejarah bagi kami,” katanya ketika berucap merasmikan pembukaan kampus tersebut di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Universiti Limkokwing, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Lim Kok Wing. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain