NOOR AZUAN OSMAN
NOOR AZUAN OSMAN

Mereka yang bakal bergelar siswa ini akan mengikuti salah satu daripada 27 program pengajian peringkat ijazah sarjana muda yang ditawarkan bagi menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran sebelum memasuki pasaran kerjaya kelak.

Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) UMT, Prof. Ir Noor Azuan Osman berkata, daripada jumlah itu 65 peratus memilih aliran Sains dan selebihnya aliran Sains Sosial.

“Daripada jumlah yang mendaftar pula 76 peratus adalah pelajar wanita dan 24 peratus pelajar lelaki,” ujarnya dalam sidang akhbar di sini petang ini yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof. Dr. Che Mohd Ruzaidi Ghazali.

Sementara itu katanya, seramai 402 orang turut mendaftar untuk mengikuti pengajian peringkat pasca siswazah.

“Daripada jumlah itu 307 adalah pelajar dalam negara dan 95 orang dari luar negara termasuk dari Indonesia, Maldive, Lebanon, Yaman, Kanada dan Bangladesh,” ujarnya.

Sempena pendaftaran esok, UMT buat julung kalinya akan memperkenalkan ‘Caravanserai’ khas kepada ibu bapa kurang berkemampuan yang mengiringi anak-anak mereka sebagai salah satu inisiatif kebajikan.

Konsep ini menawarkan kemudahan dan perkhidmatan percuma bagi memberikan kelegaan dan meringankan bebanan mereka yang bermusafir meraikan impian anak-anak melanjutkan pengajian.

Perkhidmatan Caravanserai @ Masjid UMT menyediakan kemudahan penginapan, ruang rehat, sarapan dan pemeriksaan kereta secara percuma khusus kepada ibu bapa pelajar yang datang dari jauh. - UTUSAN ONLINE