Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UM disasar 100 universiti terbaik

PUTRAJAYA 7 Julai – Kementerian Pendidikan Tinggi meletakkan sasaran menjadikan Universiti Malaya (UM) menduduki kelompok 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

IDRIS JUSOH

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sasaran itu berdasarkan kejayaan UM menduduki tangga ke-114 terbaik dunia dalam Quacquarelli Symonds (QS) Ranking.

“Pencapaian UM itu amat membanggakan kerana berlaku dalam tempoh lima tahun yang mana pada 2013 UM berada di kedudukan 167 tetapi meningkat ke kedudukan 114 pada tahun ini.

“Oleh itu, kita akan terus memperbaiki dan memperbaharui kelemahan atau aspek-aspek baharu yang belum dipelopori,” katanya dalam majlis pelepasan Misi Sukarelawan Siswa Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)-Antarabangsa ke Beaufort, Sipitang dan Nabawan, Sabah di sini hari ini.

Sementara itu Pengerusi YSS, Datuk Zuraidah Atan berkata, misi yang akan bermula esok sehingga 23 Julai ini disertai 90 sukarelawan siswa dari universiti awam dan swasta, politeknik, kolej komuniti serta guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Menurut beliau, misi itu turut disertai sukarelawan siswa dari Singapura, Indonesia, Sudan dan United Kingdom (UK).

“Tahun ini YSS memilih Beaufort, Sipitang dan Nabawan sebagai lokasi menjalankan aktiviti sukarelawan. Ini melibatkan enam buah kampung antaranya Kampung Kuala Salong, Kampung Sala­rom Taka dan Kampung Solob.

“Kawasan perkampungan ini dipilih selaras dengan objektif YSS untuk merapatkan jurang kehidupan bandar dan luar bandar di negara ini,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain