Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah Dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, ia yang bakal dikenali sebagai Agensi Penerangan dan Media Terengganu (APMT) akan terus berperanan menyebarluaskan dasar-dasar kerajaan negeri dan kepemimpinan kepada rakyat.

“Menjadi tanggungjawab UKOM untuk menyampaikan maklumat dan informasi yang tepat, benar serta terkini kepada masyarakat sehingga ke akar umbi mengenai pentadbiran  kerajaan negeri masa kini.

“Selain memperjelaskan segala isu, unit ini turut berperanan menjawab segala pemberitaan tidak benar yang mungkin menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat,” ujarnya ketika berucap dalam perjumpaan dengan kakitangan UKOM di pejabatnya di Wisma Darul Iman, hari ini.

 Katanya walaupun kerajaan berubah, sebagai kakitangan awam mereka perlu mengenepikan ideologi dan pendirian politik masing-masing dan sentiasa mencari keberkatan dalam dengan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

UKOM menampu  lebih 60 kakitangan dan sebilangannya yang bertaraf tetap, kontrak dan sementara dan sementara akan dikekal atau dipindahkan ke agensi lain manakala yang bertaraf ad-hoc, dianggarkan hampir 20 orang akan ditamatkan perkhidmatan pada hujung bulan ini.

Utusan Malaysia difahamkan, pensyarah Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) Manir Mohd Soud Said  akan dilantik sebagai sebagai pengarah APMT di samping  kemungkinan kemasukan beberapa pengarang. - UTUSAN ONLINE