Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad berkata, faktor tersebut ialah pilihan kursus yang banyak, kampus cawangan di setiap negeri dan kawasan tanah yang luas bagi projek serta pemba­ngunan masa hadapan.

Beliau berkata, kelebihan yang dinikmati oleh UiTM itu akan memacu pertumbuhan universiti tersebut pada masa depan.

"Kita bergerak ke arah yang baik dan memberi jaminan pekerjaan kerana tawaran kursus dalam pelbagai bidang.

"Walaupun bilangan pelajarnya ramai, ia masih jadi pilihan yang terbaik kerana kita berkembang,’’ katanya dalam sidang akhbar selepas ucaptama dan mengisytiharkan pembukaan sidang pertama Istiadat Konvokesyen Ke-89 UiTM Cawangan Negeri Sembilan di Dewan Biduanda UiTM Kampus Rembau di sini hari ini.

Yang turut hadir, Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Profesor Dr. Nasrudin Mohammed.

Pada majlis itu, seramai 1,632 graduan dari tiga kampus universiti itu di negeri ini iaitu Kuala Pilah, Seremban 3 dan Rembau menerima diploma dan ijazah masing-masing.