LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pihaknya membuat keputusan berkenaan kerana bukan semua hasil laut merupakan makanan mewah.

“Demi membolehkan makanan laut yang digunakan oleh orang berpendapatan sederhana dan rendah juga boleh menikmatinya tanpa cukai, maka saya sebagai Menteri Kewangan akan mengarahkan JKDM (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) untuk mengecualikan semua makanan laut di atas daripada bayaran SST,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ujar beliau, arahan beliau itu akan membatalkan SST kadar 10 peratus yang dikenakan terhadap bahan mentah seperti udang, ketam, dan kerang berikutan dilonggokkan bersama barang makanan mewah lain kategori Crustaceans dan Molluscs. - UTUSAN ONLINE