Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UDA Holdings taja 1,000 naskhah Utusan Malaysia

ROSNIZA BAHAROM (depan, tengah) dan Abd. Rahman Ibrahim (depan,
ROSNIZA BAHAROM (depan, tengah) dan Abd. Rahman Ibrahim (depan, dua dari kanan) bersama pelajar SMK Wangsa Maju Seksyen 2 menunjukkan akhbar Utusan Malaysia yang ditaja UDA Holdings Berhad di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/Abdul Razak Latif

KUALA LUMPUR 1 Mac. – UDA Holdings Berhad (UDA) menaja 1,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia sebagai usaha menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 2, Wangsa Maju hari ini.

Naib Presiden Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat UDA, Rosniza Baharom berkata, sumbangan tersebut adalah usaha syarikat dalam menggalakkan pelajar mengetahui isu-isu semasa melalui pembacaan di akhbar.

“Kita lihat hari ini golongan remaja lebih gemar menghabiskan masa dengan alat elektro­nik, jadi dengan tajaan akhbar hari ini kita harap mereka menanam minat membaca akhbar.

“Tambahan pula, kita tahu Utusan Malaysia menyampaikan pelbagai maklumat yang sangat bagus daripada laporan ekonomi, sosial, pendidikan, rencana dan sukan sekali gus mereka boleh memanfaatkan peluang yang ada,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan akhbar Utusan Malaysia di sini.

Turut hadir Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Seksyen 2, Wangsa Maju, Abd. Rahman Ibrahim dan Eksekutif Pemasaran Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Yaum Ahmad Arsyad Md. Wazir.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain