Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan UDA dalam kenyataan berkata, pihaknya telah membantu memindahkan keluarga tersebut ke Dewan Persatuan Penduduk dan Dewan Desiran Tanjung yang berdekatan.

“Pihak UDA dan kontraktor bekerjasama untuk membaik pulih semula rumah yang terjejas dengan kadar segera.

“Kami terus prihatin dengan segala keperluan dan akan terus membantu semua keluarga yang terjejas dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Kira-kira pukul 2.15 petang hari ini, penduduk di kawasan itu cemas apabila satu fenomena belalai air berlaku selama 20 minit di perairan kawasan tersebut. - UTUSAN ONLINE