Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan naik taraf tersebut mampu membuka mata masyarakat tentang kewujudan UCAM sebagai universiti yang melahirkan ramai graduan dalam bidang pertanian.

“Saya mahu apabila masyarakat bercakap tentang pertanian, saya mahu mereka sebut Universiti Agrosains Malaysia.

“Secara tidak langsung, kita juga dapat wujudkan banyak kerjasama dengan syarikat-syarikat agro seperti Sime Darby yang menyediakan banyak biasiswa dan pinjaman,” katanya dalam ucapan perasmian sempena Majlis Konvokesyen UCAM ke 16 di sini hari ini.

Konvokesyen yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menyaksikan seramai 814 graduan menerima sijil dan diploma masing-masing.

Antara program pengajian yang terlibat adalah Diploma dalam bidang Sains Pertanian, Perladangan, Pengurusan Landskap, Pengeluaran Ternakan, Pengurusan Perniagaan, Perniagaantani, Keusahawanan, Perakaunan, Dan Elektronik Perniagaan. - UTUSAN ONLINE