Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tunisia kagum usaha Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat tokoh Islam Tunisia yang juga
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat tokoh Islam Tunisia yang juga Presiden Pergerakan Al-Nahda, Sheikh Rached Gannouchi di Putrajaya, semalam. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa (kanan).

PUTRAJAYA 11 Julai – Tunisia mengagumi kejayaan kerajaan Malaysia menegakkan syi­ar Islam walaupun negara ini turut dihuni oleh masyarakat berbilang agama dan bangsa.

 

Presiden Pergerakan Al-Nahda dari Tunisia, Sheikh Rached Gannouchi (gambar) berkata, Ma­laysia telah membawa imej Islam yang begitu baik di mata dunia dan menyerlahkan akhlak al-Quran.

Beliau memberitahu, Islam di Malaysia juga telah membuktikan agama ini boleh wujud dengan aman tanpa perang saudara dan polarisasi.

“Saya juga menghargai pera­nan dan sumbangan kerajaan Malaysia dalam isu Palestin, Rohingya, minoriti Muslim di selatan Thailand dan Filipina.

“Bukan mudah untuk me­lakukan perkara berkenaan tetapi umat Islam terhutang budi dengan polisi-polisi berani daripada kerajaan Malaysia,” katanya da­lam sidang akhbar di sini, hari ini.

Yang hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa; bekas Menteri Luar Tunisia, Rafik Bouchlaka dan bekas Menteri Kewangan Tunisia, Riadh Bettaib.

Esok, Sheikh Rached dijadualkan menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Peradaban Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Semalam, beliau mengunju­ngi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu negara.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain