Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tun Razak diangkat Tokoh Pembangunan Industri Sawit Negara

ulang-tahun-sawit
NAJIB TUN RAZAK

KUALA SELANGOR 18 Mei - Perdana Menteri Malaysia kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak dianugerahkan sebagai Tokoh Pembangunan Industri Sawit Negara atas jasa serta sumbangan besarnya membangunkan sektor itu sekaligus mengubah landskap ekonomi serta sosial masyarakat negara ini sejak 61 tahun lalu.

Lebih bermakna lagi, Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersempena Sambutan Ulang Tahun 100 Tahun Industri Sawit Malaysia 1917-2017 yang berlangsung di Ladang Tennamaram, Bestari Jaya, di sini hari ini.

Turut menyaksikan penganugerahan itu ialah lebih 5,000 hadirin yang terdiri daripada pekebun kecil, pekerja ladang serta penggiat industri sawit.

Penganugerahan terhadap Tun Razak keberhasilan beliau menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang merupakan komponen utama dalam usaha mempercepatkan pembangunan dan menghapuskan kemiskinan di luar bandar.

Perdana Menteri ketika berucap merasmikan sambutan itu memberitahu, ketika negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, dianggarkan lebih 50 peratus daripada penduduk negara ini hidup di bawah garis kemiskinan yang mana 70 peratus daripadanya tinggal di luar bandar.

Situasi itu menurut Najib mendorong kerajaan untuk menggubal dasar-dasar utama dakam usaha untuk mentransformasikan sektor pertanian sejak darippada Rancangan Malaysia Pertama iaitu bermula tahun 1956 hingga 1960.

“Salah satu daripada sekian banyak insentif kerajaan adalah melalui penanaman sawit yang terbukti berkesan dalam membasmi kemiskinan.

“Contohnya, dalam kisah kejayaan Felda yang ditubuhkan pada 1 Julai 1956 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

“Selain bertujuan untuk mengatasi masalah kemiskinan penduduk, bak kata Allahyarham Ayahanda saya, melalui Felda mereka yang tidak ada tanah, kita beri tanah...mereka yang tidak ada pekerjaan, kita beri kerja. Dan, tanah terbaik untuk rakyat terbaik,” katanya.

Hadir sama pada sambutan itu ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Pengerusi Sime Darby, Tan Sri Abdul Ghani Othman.

Pada masa sama, warga Perancis, mendiang Henri Fauconnier turut menerima anugerah Tokoh Pengasas Industri Sawit di negara ini selepas memperkenalkan tanaman itu di negara ini pada tahun 1911 sebelum memulakannya secara komerisal di Ladang Rantau Panjang yabg kemudiannya dikenali sebagai Ladang Tennamaram pada tahun 1917.

Anugerah ke atas Henri itu diterima cicitnya, Jeremie Fontainne yang mewakili pihak keluarganya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain