Tinjauan beliau ke tapak projek mercu yang bakal menjadi tanda baharu pulau legenda itu turut diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan pihak pengurusan syarikat pemaju projek itu, PFCE Integrated Plant And Project (PIPP).

Pada November 2013, Dr Mahathir menyempurnakan majlis menanam cerucuk kerja pembinaan menara berkenaan.

PIPP sebelum ini dilaporkan berkata, pembinaan menara itu akan disertai pembangunan komersial di sekitarnya yang akan menyumbang kepada pembangunan pekan Kuah dan berupaya menarik aktiviti ekonomi ke pulau itu serta negeri Kedah.

Projek menara itu yang sebelum ini mengalami kelewatan dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini dengan kerja pembinaan bermula kira-kira dua tahun lepas. - BERNAMA