“Saya tidak bersetuju tindakan diambil kepada mereka yang mengkritik saya. Saya sudah maklumkan kepada pihak polis berkenaan ini.

“Undang-undang ini akan dikaji apabila parlimen bersidang kelak,” katanya dalam status yang dimuatnaik dalam akaun Twitternya pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Beliau mengulas laporan portal Malaysiakini yang melaporkan tentang seorang lelaki yang ditahan kerana memuatnaik status menjelekkan terhadapnya.

Lelaki berkenaan ditahan pihak polis Rabu lalu selepas mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan kepada Perdana Menteri dan agama Islam.

Berbeza dengan pemerintahan beliau dahulu, ramai aktivis politik ditahan selepas membuat kritikan terhadapnya malah sebahagiannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum akta itu dimansuhkan pada 2011. - UTUSAN ONLINE