Beliau tersenarai bersama beberapa nama besar lain antaranya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Presiden China Xi Jinping, PM New Zealand, Jacinda Adern, bekas wanita pertama AS, Michelle Obama, Speaker AS, Nancy Pelosi.

Dalam laporan yang ditulis oleh pengasas Sarawak Reports, Clare Rewcastle Brown, Dr. Mahathir disifatkan sebagai ‘kuda perang yang gagah’ berjaya menghimpun perhatian orang ramai dalam kempen sengit Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

“Untuk berjuang, anda tak semestinya muda. Ketika pada usia 93 tahun, Dr. Mahathir komited untuk menyerahkan pemerintahan kepada bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dibebaskan dari penjara beberapa hari selepas kemenangannya,” katanya.-UTUSAN ONLINE