Pengurus Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB), Abdul Wahab Nordin berkata, Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) syarikat itu telah dikerahkan ke tapak kejadian bagi mengawal keadaan.

"Kami sedang menyiasat punca insiden daripada semua sudut termasuk kemungkinan berlakunya khianat serta sabotaj.

"Segala maklumat tambahan akan disalurkan daripada semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, situasi yang berlaku itu amat dikesali namun KSSB menegaskan bahawa perlindungan alam sekitar, sungai dan sumber air adalah keutamaan.

"Kami turut memantau situasi dan bekerjasama dengan pihak berkuasa lain yang berkaitan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

KSSB ditubuhkan sebagai organisasi yang menguruskan pengeksplorasian, pengekstrakan, pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan serta sumber-sumber mineral di negeri Selangor. - UTUSAN ONLINE