memperkenalkan tulisan khat dan jawi, khususnya di sekolah vernakular.

Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Perlis, Noor Hairi Noor Mohammed berkata, beliau juga ingin melihat sejauh mana ketegasan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik kali ini dalam berdepan dengan desakan berkenaan.

Katanya, perlaksanaan tulisan jawi dan seni khat ke dalam buku teks di semua sekolah itu adalah langkah yang baik dan sehubungan itu tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak yang seolah-olah sengaja cuba mencetuskan ketegangan.

“Saya berharap kerajaan dapat bertegas kali ini dan tidak melayan desakan-desakan daripada segelintir pihak ini. Tidak semua kehendak mereka ini kita perlu ikut dan kalau dibiarkan golongan ini akan semakin melampau.

“Pengenalan penulisan jawi dan seni khat ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baharu kerana bahasa Melayu bertulisan jawi merupakan bahasa rasmi negara suatu ketika dahulu. Seni ini juga bakal memberi manfaat kepada pelajar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, seramai 138 orang pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu membantah rancangan pelaksanaan seni khat dan tulisan jawi sebagai sebahagian mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat.

Ini susulan kenyataan Kementerian Pendidikan bahawa pengenalan tulisan khat adalah bagi memupuk gaya penulisan indah dan menegaskan perkara itu tidak berkaitan dengan tulisan jawi dan pelajar tidak dinilai di dalam peperiksaan.

Dalam pada itu, Noor Hairi turut berharap agar cadangan perlaksanaan tulisan khat dan jawi ini segera dilaksanakan.- UTUSAN ONLINE