Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata,  enam daripadanya adalah pelajar pusat tahfiz tersebut manakala seorang lagi adalah penduduk yang datang membantu semasa kebakaran belaku.

Katanya, empat mangsa mengalami kecedaraan serius manakala tiga lagi mengalami kecederaan ringan dan dirawat di wad pemerhatian serta dua mangsa yang mengalami kecederaan serius telah dipindahkan ke wad untuk rawatan sementara dua lagi diberi rawatan resusitasi di Jabatan Kecemasan.

Sementara itu, seramai 23 jenazah telah dibawa Unit Forensik bagi tujuan untuk mengenalpasti jenazah. Oleh kerana, kebanyakan mangsa mengalami kecederaan yang agak teruk, pengecaman agak sukar untuk dilakukan.

Oleh itu, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan diadakan dan sampel daripada ibu bapa mangsa yang terlibat sedang di ambil. Keputusan DNA dijangkakan mungkin mengambil masa beberapa hari. - UTUSAN ONLINE.