TUDM dalam kenyataan memaklumkan, pasukan BOI tersebut akan ditempatkan di bawah pemantauan Inspektorat MTU bagi meneliti dengan lebih lanjut tentang kejadian tersebut.

“TUDM tubuh pasukan BOI di bawah pemantauan MTU-Inspektorat bagi mengenalpasti dengan lebih lanjut punca kejadian berlaku,” katanya menerusi ciapan dalam akaun Twitter milik TUDM di sini hari ini.

Terdahulu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang melakukan lawatan ke kawasan pesawat malang tersebut yang membuat pendaratan kecemasan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang semalam, sebanyak empat anak kapal bersama 11 anggota Tentera Darat berdepan detik cemas dan nyaris maut apabila helikopter yang dinaiki mereka berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth sedang melaksanakan penerbangan untuk misi ulang bekal selepas melakukan pendarat cemas. - UTUSAN ONLINE