DATUK SERI MOHAMAD HASSAN
MOHAMAD

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, siasatan segera dan terperinci mesti dilakukan kerana dakwaan itu telah mengundang kebimbangan dan perlu dipandang serius oleh semua pihak.

Ujarnya, beliau yakin orang Melayu dan Islam di negara ini mahu melihat kebenaran berikutan pendedahan tersebut dan pihak yang terlibat perlu bertanggungjawab.

"Kita mesti melihat isu ini dalam konteks yang besar. Ia bukan saja berkaitan pemberian atau bayaran hibah yang tidak mengikut prosedur TH, tetapi turut menggambarkan krisis tadbir urus korporat dan pengurusan yang tidak mengikut amalan terbaik.

"UMNO serius dalam apa juga usaha memelihara kewibawaan institusi yang berkaitan dengan orang Melayu dan Islam. Sebarang usaha untuk memperkuatkan institusi itu dan menghapuskan ketirisan, pecah amanah serta salah tadbir urusnya mesti disokong," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof hari ini berkata, kepimpinan TH sebelum ini melakukan kesalahan apabila mengeluarkan hibah sejak tahun 2014 walaupun TH mencatatkan desifit sekali gus bercanggah dengan Akta Tabung Haji. - UTUSAN ONLINE