Calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Tan Chee Teong berkata, perangkaan dari tahun 2009 sehingga Jun tahun lalu itu menunjukkan 41.8 peratus daripada keseluruhan 67 projek perumahan yang terbengkalai di negara ini berlaku di Selangor. 

Sehubungan itu katanya, jawatankuasa khas itu perlu bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mengkaji punca masalah rumah terbengkalai yang dilihat ‘parah’ di negeri itu dan seterusnya mencari jalan penyelesaian. 

“Saya difahamkan kebanyakan projek perumahan terbengkalai ekoran bayaran tinggi yang dikenakan oleh kerajaan tempatan terhadap pemaju perumahan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Gerakan MCA PRK DUN Balakong dekat sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE