Trump berkata, beliau tidak akan meluluskan bajet untuk kerajaan sehinggalah dana bagi membiayai pembinaan tembok itu diperolehnya.

Trump juga menyatakan kesediaannya untuk berdepan dengan penutupan operasi pentadbiran negara ini, termasuk selama berbulan-bulan atau lebih setahun, bagi memaksa Kongres menyediakan peruntukan berbilion dolar untuk membina tembok terbabit. - AFP