Menerusi pemantauan hari ini, beberapa kawasan dijangka berlaku kesesakan atau kenderaan bergerak perlahan terutama menjelang malam ini. 

Seorang juruteknik, Mohd. Khairul Asyraf Che Ismail, 25, berkata, perjalanan warga kota ke negeri ini berjalan lancar untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut tiga hari lagi.

Katanya, pergerakan trafik tidak sesak seperti tahun sebelumnya. 

“Orang ramai pulang ke kampung lebih awal sejak cuti sekolah minggu lalu menyebabkan laluan pada hari ini lancar.

“Bagaimanapun, trafik dijangka sesak bermula petang atau malam ini berikutan ramai lagi anak Kelantan yang mahu pulang untuk beraya,” katanya.

Seorang akauntan, Mohd. Hasif Che Harun, 48, berkata, cuti persekolahan awal dan pemilihan waktu sesuai untuk pulang ke kampung menyebabkan pengguna kurang berdepan kesesakan dalam tempoh masa yang panjang seperti tahun sebelumnya.
 
Katanya, aliran trafik terkawal dan hanya  sesak di persimpangan lampu isyarat.

“Saya berasa lega apabila aliran trafik lancar, sekali gus perjalanan pulang ke kampung tidak mengambil masa yang lama.

“Kebanyakan pengguna pulang ke kampung lebih awal menyebabkan kesesakan jalan terkawal,” katanya. - UTUSAN ONLINE