TPM syukur Muhyiddin selamat dibedah
 Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau mendoakan semoga Muhyiddin cepat sembuh dan segera kembali bertugas.

“Saya dimaklumkan beliau sekarang berada dalam keadaan stabil dan akan mengambil cuti untuk menjalani rawatan perubatan susulan bermula 12 Julai dan dijangka kembali bertugas dalam masa sebulan.

“Saya dan rakyat Malaysia seluruhnya mendoakan supaya Tan Sri Muhyiddin cepat pulih sepenuhnya dan kembali bertugas,” katanya melalui status di Twitter beliau, semalam.

Muhyiddin semalam menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan pada pankreas dan kini berada dalam keadaan yang stabil.

Sementara Muhyiddin bercuti, tugasnya sebagai Menteri Dalam Negeri akan dijalankan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. - UTUSAN ONLINE