Ketua Jabatan Penerangan AU-TNI, Hadi Tjahyanto berkata, pihaknya sudah menilai semula penyertaan dalam acara pameran dwitahunan itu dan mengambil keputusan untuk menghentikan penyertaan ekoran kemalangan tersebut.

“Mengenai penyertaan, sudah kami nilai dan diputuskan untuk dihentikan kerana kami sedang mengalami musibah,” katanya ketika dihubungi oleh portal berita CNN Indonesia, hari ini.

Menurut Hadi, TNI AU sudah tentu mengalami kerugian ekoran kemalangan tersebut kerana dua pesawat yang bergesel sesama sendiri di udara itu musnah terbakar dan tidak dapat digunakan lagi.

“Daripada lapan pesawat yang kami hantar, dua pesawat kemalangan tidak dapat digunakan lagi. Kerugiannya sedang kami taksirkan. Tetapi yang paling penting semua juruterbang selamat,” ujarnya. – UTUSAN