Menurut Perdana Menteri, budaya tinggi yang antaranya dapat dicerminkan daripada sifat merendah diri, menjaga kebersihan dan menghormati orang tua perlu terus berakar dalam kalangan masyarakat tanpa mengira bangsa.

Tegasnya lagi, kedudukan bahasa Melayu juga perlu terus dimartabatkan di samping bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain turut dikuasai untuk menjadikan rakyat negara ini terus progresif.

“Saya dan kerajaan akan mengambil serius Resolusi Kongres Budaya 2017.

“Aspirasi untuk menjadikan Malaysia antara 20 terbaik di dunia bukan sahaja dari segi GNI (pendapatan negara kasar) serta kecanggihan teknologi tetapi juga ketinggian budaya dan moral,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres Budaya 2017 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, di sini hari ini.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia yang juga Pengerusi Kongres Budaya 2017, Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Seri Dr. Noor Azlan Ghazali. - UTUSAN ONLINE