Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

TKC catat rekod hasilkan Jalur Gemilang guna 180,000 cap ibu jari

Jalur Gemilang
Sebahagian daripada pelajar dan guru TKC selepas berjaya mencatatkan dalam Malaysian Book Of Record dengan menghasilkan Kain Rentang Kemerdekaan menggunakan 180,000 Cap Ibu Jari Yang Terbesar Di Malaysia di Kolej Tunku Kurshiah Bandar Enstek Nilai, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ABD. RAZAK AID

SEREMBAN 13 Sept. - Kolej Tunku Khursiah (TKC) berjaya melakar sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan menghasilkan Jalur Gemilang menggunakan 180,000 cap ibu jari pada kain rentang yang berukuran 35.4 meter panjang 31.1 meter lebar. 


Aktiviti itu yang melibatkan 840 pelajar, guru, kakitangan, ibu bapa dan alumni sekolah itu siap dalam tempoh seminggu sejak dimulakan pada 4 September lalu.


Menurut Pengetua TKC, Anismah M. Nor, kos keseluruhan untuk menghasilkan Jalur Gemilang itu berjumlah RM9,500. 


Katanya, kain rentang kemerdekaan menggunakan cap ibu jari yang terbesar di Malaysia itu akan diletakkan berdekatan pintu masuk utama TKC yang terletak di Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, dekat sini.

Rekod itu telah disahkan oleh wakil MBOR, Lee Pooi Leng. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain