Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Titah terakhir Tuanku Abdul Halim

ALOR SETAR 11 Sept. - Jaga adab di media sosial.

Demikian titah terakhir Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, seorang raja berjiwa rakyat yang mementingkan keharmonian rakyatnya.

Almarhum bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Ke-13 di sini pada 14 Ogos lepas.

Teks titah ucapan baginda dibacakan Raja Muda Kedah, Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.

Dalam titah itu, Almarhum antaranya menegur sikap segelintir masyarakat yang se­ring berdebat secara tidak beradab mengenai isu-isu sensitif di laman sosial, semata-mata kerana perbezaan ideologi sempit atau kepentingan diri sendiri.

Almarhum bertitah, perdebatan berhubung isu-isu mengenai kemuliaan agama Islam, kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan kaum serta hukum-hakam agama di alam maya seringkali mengundang tafsiran negatif berhubung perkara berkaitan.

Tidak terkecuali, teguran sa­ma turut dititahkan oleh ba­ginda terhadap sebahagian golongan ilmu­wan agama yang sering mengeluarkan fatwa, tuduh-menuduh dan berdebat di ruang maya sehingga masyarakat berpecah-belah.

"Senario ini menjadi virus yang memporak-peranda dan mengelirukan rakyat, memecah-belah serta mengkucar-kacirkan ukhuwah yang selama ini terjalin indah.

"Apatah lagi pimpinan politik­ dan individu berkepentingan me­ngambil kesempatan untuk mewujudkan suasana tidak harmoni, sekali gus menghangatkan lagi permusuhan dan polemik sesama umat Islam," titahnya.

Tuanku Abdul Halim mangkat di Istana Anak Bukit pada pukul 2.30 petang dan akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar petang esok. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain