Lelaki yang dikenali sebagai S. Kanagarajah itu berkata, aksi tersebut bukan sengaja dilakukan sebaliknya adalah perasaan sebenar dia yang terlalu kecewa dengan situasi tegang pada malam rusuhan.

“Saya buat begitu sebab terlalu kecewa dengan keadaan yang berlaku pada masa itu. Perasaan saya kalau tanya rasa nak menangis bila lihat apa yang berlaku.

“Saya bukan sengaja buat mimik muka (geram), saya kecewa bila tengok rakan-rakan dipukul di bahagian kepala keluar darah, kita tidak mahu bergaduh dengan sesiapa, kita hanya mahu sembahyang,” katanya seperti dipetik Portal Free Malaysia Today, hari ini.

Kanagarajah berkata, dia sama sekali tidak ambil hati dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang meniru gaya geramnya, sebaliknya melahirkan rasa gembira.

“Sejak video itu tular, saya tidak menerima sebarang ugutan, saya hanya lihat mereka buat lucu dan kalau tengok video itu buatkan mereka gembira, tidak ada masalah biar mereka gembira,” katanya. – UTUSAN ONLINE