Daripada 75 peratus itu, 44 peratus berkata Dr. Mahathir harus melepaskan jawatannya dalam masa enam bulan dari sekarang.

Sebanyak 36 peratus pula berpandangan Dr. Mahathir tidak seharusnya memegang jawatan perdana menteri lebih daripada dua tahun, manakala 20 peratus mahu beliau meletakkan jawatan segera.

Sementara itu, hanya 22 peratus responden berkata tidak ada keperluan untuk Dr. Mahathir melepaskan jawatannya.

Dapatan tinjauan itu dikeluarkan IDE melalui kenyataan media semalam.

Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Dr. Mahathir telah berjanji bahawa beliau akan menyerahkan jawatan tertinggi itu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa beberapa tahun.

Walau bagaimanapun tempoh sebenar beliau akan memegang jawatan Perdana Menteri masih tidak jelas.

Dalam tinjauan itu juga Anwar mendahului senarai calon yang dirasakan sepatutnya menggantikan Dr. Mahathir dengan 45 peratus.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menduduki tempat kedua dengan 16 peratus manakala timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menduduki tempat ketiga dengan 11 peratus.

Tinjauan ini dijalankan selama tiga hari dari 28 hingga 30 Jun lalu.

Seramai 1,597 responden wakil dari 222 kerusi Parlimen di Malaysia telah ditemu bual.- UTUSAN ONLINE