Najib berkata, ini bagi memastikan sasaran untuk Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi tercapai.

“Alhamdulillah, produktiviti buruh negara bagi 2017 meningkat sebanyak 3.6 peratus.

“Meskipun memberangsangkan, kita harus berusaha untuk tingkatkan lagi produktiviti bagi mencapai sasaran menjadi negara maju berpendapatan tinggi,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Menurut Jabatan Perangkaan, produktiviti buruh Malaysia pada 2017 meningkat 3.6 peratus kepada nilai RM81,039 daripada RM78,244, tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, ia selari dengan peningkatan nilai tambah sektor itu pada 5.9 peratus (2016: 4.2 peratus) dan pekerja meningkat 2.2 peratus (2016: 0.7 peratus).

Beliau berkata, produktiviti buruh Malaysia berkembang 3.6 peratus (RM85,031) pada suku keempat 2017 selepas mencatatkan 4.1 peratus (RM82,433) pada suku ketiga 2017. - UTUSAN ONLINE