Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, rakyat Malaysia juga perlu menunjukkan sikap ramah dan sentiasa senyum ketika berurusan dengan pelancong.

Dr. Mahathir berkata, antara perkara menjadi keutamaan pelancong dalam memilih destinasi adalah melihat kepada keramahan dan hospitaliti ditawarkan sesebuah negara hos.

“Kita kena selalu senyum, beri perkhidmatan terbaik kepada pelancong, tunjukkan mereka arah dan apa sahaja yang mungkin ditanya, jawab dengan teratur supaya pelancong mengenali Malaysia.

“Malaysia mungkin tidak banyak tempat bersejarah namun, kita melakukan yang terbaik dalam industri ini dengan menduduki tempat ke sembilan negara paling dilawati di dunia, jadi saya rasa kita mampu melakukan lebih baik lagi” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini

Terdahulu, Dr. Mahathir menyempurnakan pelancaran logo baharu kempen Melawat Malaysia 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - UTUSAN ONLINE