Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Timbalan Perdana Menteri ziarah pesakit kronik

Zahid ziarah Jeli
AHMAD Zahid Hamidi meluangkan masa melawat salah seorang pesakit kronik, Muhammad Hassan di Kampung Wakaf Zin, Jeli hari ini. - UTUSAN ONLINE

JELI 5 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa kira-kira satu jam di Kampung Wakaf Zin di sini untuk melawat dan menyampaikan sumbangan kepada 20 orang asnaf serta pesakit kronik.

Beliau tiba kira-kira pukul 5 petang dengan menunggang sendiri motosikal berkuasa tinggi dan berkonvoi bersama kira-kira 600 buah motosikal dari Persatuan Superbikers Malaysia (SAM) sejauh 20 kilometer bermula dari Kem Rejimen Sempadan Batu 11, Tanah Merah.

Yang turut mengiringi beliau ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Presiden SAM, Datuk Halim Sulaiman.

Dalam lawatan tersebut, beliau sempat melawat dua buah rumah pesakit kronik iaitu Muhammad Hassan, 61, serta Nik Esah Tuan Deraman, 64, dan menyampaikan sumbangan wang tunai.

Selepas menyampaikan sumbangan, Ahmad Zahid meneruskan konvoi ke Kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini bagi menghadiri program Minggu Mesra Mahasiswa. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain