SEREMBAN 21 Dis. - Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon akan bertemu dengan ibu bapa murid yang ditampar guru lelaki Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak, Nilai di sini bagi mencari penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak.
![]() |
CHONG SIN WOON
|
Menurut Sin Woon, perjumpaan tersebut akan diadakan secepat mungkin bagi memastikan guru dan keluarga dapat berdamai sekali gus menyelesaikan isu tersebut dengan sebaiknya.
"Mengheret isu itu ke mahkamah tidak mendatangkan sebarang penyelesaian malah memberikan kesan sangat besar kepada profesion perguruan di negara ini.
"Walaupun kita tahu bahawa tindakan guru itu tidak mengikut pekeliling yang dikeluarkan kementerian, bukan niatnya untuk mencederakan murid berkenaan," katanya selepas majlis penyerahan kelengkapan persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Min di Nilai, di sini hari ini.
Selasa lalu, Mahkamah Majistret Seremban melepas tanpa membebaskan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Taman Semarak, Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan daripada tuduhan menyebabkan kecederaan kepada seorang murid lelaki berusia 11 tahun pada pukul 7 pagi, 6 April lalu.
Keluarga murid tersebut bagaimanapun mendakwa mempunyai bukti kecederaan dialami anak mereka termasuk gambar dan laporan perubatan serta melahirkan rasa terkilan dengan keputusan mahkamah. - UTUSAN ONLINE
Bawa politik muafakat, matang
SETIAP kali pilihan raya umum (PRU), Johor sentiasa menjadi tumpuan ramai kerana negeri yang terkenal dengan jolokan Harimau Selatan sejak dahulu lagi dianggap sebagai kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN).