Arahan berkenaan dikeluarkan susulan pemeriksaan penguatkuasa dalam Operasi Pulau Pinang Bersih yang dijalankan sejak awal pagi tadi.

Pengarah kesihatan negeri, Dr. Wan Mansor Hamzah berkata, arahan dilakukan menerusi notis perintah tutup premis makanan Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

"Pemeriksaan mendapati terdapat pengusaha mengabaikan kebersihan apabila bekalan daging dan ayam disimpan dalam peti sejuk yang kotor selain pinggan mangkuk dicuci berhampiran kawasan saluran najis, " katanya, di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pengusaha restoran bergelar Datuk memarahi petugas media yang membuat liputan di premisnya.

Beliau yang menyertai sebuah parti politik Kerajaan Pakatan Harapan turut meminta petugas media menyerahkan kad pengenalan kerana tidak berpuas hati gambar premisnya dirakam. - UTUSAN ONLINE