Menurut Perdana Menteri, peruntukan itu melibatkan pembinaan Jalan Pos Betau-Pos Lenjang bernilai RM15 juta dan baik pulih masjid di Kampung Tanjung Gahai bernilai RM200,000.

Pojek ketiga pula pembinaan gerai di Tanah Rata bernilai RM5 juta.

Perdana Menteri mengumumkan perkara itu ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Haji Ahmad Shah di Tanah Rata di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE