Ketua Komunikasi Korporatnya, Datuk Asmawati Ahmad berkata, Senior Asisten Komisioner Hashim Ali yang merupakan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah mendahului senarai pertukaran pegawai kanan terbabit.

“Hashim ditukar jawatan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Agama dan Kaunseling) Bukit Aman.

“Sementara penyandang jawatan berkenaan, Senior Asisten Komisioner Dr. Zainal Abidin Sabtu menggantikan beliau di IPK Kedah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Asmawati, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Johor, Asisten Komisioner Dennis Lim Kwan Keng dilantik sebagai Asisten Komisioner (D1) Kawalan, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.- UTUSAN ONLINE