Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi itu turut menyaksikan terdapat tiga tompokan darah dipercayai kesan kecederaan suspek ketika cuba melarikan wang dari bank berkenaan.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya masih menunggu pasukan forensik menjalankan siasatan lanjut di tempat kejadian.

"Pihak bank memaklumkan sebanyak RM300,000 telah dimasukkan dalam mesin tunai ATM bank itu pada petang semalam.

"Namun, jumlah kerugian sebenar masih belum dapat dipastikan dan polis sedang menunggu unit forensik menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE