Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Senior Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Md Dali Wahid akan bertukar ke jawatan Ketua JSPT IPK Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Asisten Komisioner (ACP).

Superintenden Saifi Abd Hamid pula yang kini memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Kedah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah itu dengan memangku pangkat ACP.

Turut dinaikkan pangkat ialah juruiring kepada Sultan Johor, Superintenden R. Sugumaran yang akan memangku pangkat ACP.

Semalam, PDRM mengumumkan 42 pertukaran dan penyelarasan pegawai kanannya yang akan berkuat kuasa pada 9 November lepas.- BERNAMA