Ini termasuk sentimen kurang senang daripada golongan ekstremis termasuk Hindraf.

Mufti negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, beliau secara peribadi menghargai sumbangan dan kepakaran Dr. Zakir Naik dalam pentas dakwah Islam.

Menurut beliau, penerimaan Dr. Zakir Naik sebagai penduduk tetap di negara ini juga sudah pasti dinilai oleh kerajaan dengan kriteria yang rasional dan munasabah.

"Justeru, adalah tidak wajar kita bersama-sama menyahut seruan menghalau beliau pulang semata-mata meraikan dan mengikut rentak kebencian pihak-pihak tertentu.

"Beliau adalah tetamu dan saudara seagama kita yang perlu diraikan berasaskan nilai ukhwah dan kemanusiaan yang sekiranya terdapat kekhilafan makan langkah pembetulan perlu diambil yang tidak sampai ke tahap pengusiran," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Harussani dalam kenyataan itu juga turut menyoal tentang kedudukan Menteri Perpaduan, Waytha Moorthy yang telah menyebarkan kenyataan palsu berupa fitnah berhubung situasi orang bukan Islam terutama kaum India di negara ini.

"Jika Dr. Zakir Naik dituntut untuk disemak semula status penduduk tetap atas salah persepsi daripada ucapan beliau yang dikatakan menyemai kebencian kaum dan agama, bagaimana pula dengan Waytha Moorthy?

"Maka saya mengharapkan ketegasan dan kebertanggungjawaban kerajaan dalam menanangi sesuatu perkara yang menimbulkan keresahan dan penerapan konsep Rahmatan lil 'Alamin," ujar beliau. - UTUSAN ONLINE