Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, pada masa ini pelancong yang ingin ke Malaysia akan memohon visa melalui dua pilihan saluran.

“Permohonan visa secara manual melalui Pusat Sehenti Setempat (OSC) dan permohonan visa secara atas talian (eVisa), kedua-dua pilihan ini boleh dipohon oleh pelancong warganegara China.

“Atau boleh memohon melalui pilihan ketiga Electronic Travel Registration and Information (eNTRI) iaitu fasiliti khas yang diberikan kepada warganegara China sepanjang tempoh pelaksanaan pengecualian visa iaitu sehingga 31 Disember ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita mengenai kewujudan prosedur tapisan keselamatan tambahan bagi pelancong China ke Malaysia yang akan dilaksanakan oleh Chinese Citizen Security Assessment Centre to Malaysia (CCSACM).-UTUSAN ONLINE