Malah, kadar hutang yang dikatakan masih berada dalam lingkungan trilion ringgit mungkin akan terus meningkat apatah lagi kerajaan sedang bercadang untuk menerbitkan bon-bon baharu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berpendapat kerajaan Pakatan Harapan (PH) seolah-olah tidak mampu menurunkan kadar hutang kerana cuba mengekalkan populariti disebabkan mahu terus menunaikan janji populis dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Jelas beliau, hal ini dapat dilihat apabila PH telah membuat pusingan-U melibatkan beberapa janji termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah dijenamakan semula sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH).

“Walaupun jumlah bantuan baharu ini jauh lebih kecil berbanding BR1M, namun mengambil kira jumlah hutang yang dikatakan semakin tinggi, tindakan itu tentunya memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sepatutnya belajar daripada kesilapannya sebelum ini. Apabila beliau mengatakan jumlah hutang kita masih pada tahap trilion, perakra berkenaan pastinya memberi impak buruk terutamanya kepada pelabur asing,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE