Najib yang juga Presiden UMNO berkata, majlis yang kali pertama diadakan secara besar-besaran itu mendapat kerjasama Badan Perhubungan UMNO setiap negeri sekali gus menunjukkan semangat tinggi serta membuktikan UMNO merupakan sebuah parti yang terus mendapat sokongan padu menyeluruh daripada rakyat negara ini.

Beliau menjelaskan, majlis seumpama ini juga merupakan satu platform kepada pemimpin-pemimpin UMNO untuk mencapai matlamat demi mendekati satu sama lain sama ada dalam kalangan ahli-ahli dan rakyat agar tiada tembok pemisah antara mereka.

“Alhamdulillah, sambutan hari ini luar jangkaan kita, sebab sejak awal pagi tadi orang sudah berpusu-pusu dan tidak putus-putus sampai ke dewan ini untuk menjayakan rumah terbuka ini.

“Saya sempat melawat gerai dan bersalaman dengan tetamu, nampaknya mereka cukup senang hati dengan majlis ini menunjukkan semangat tinggi dan bererti UMNO sebuah parti yang terus mendapat sokongan padu rakyat menyeluruh di negara kita,” katanya pada majlis berkenaan yang diadakan di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini. - UTUSAN ONLINE.